Tuesday, April 24, 2012

Broga Hills


Look at them. How cute.


Walaupun aktiviti kali ni dirancang last last minute oleh Nizam dengan Yna Farina tapi ianya berjalan dengan lancar dan jayanya. Cewah, cut the slack,apa barang ayat skema. So now aku akan cerita how all of us jadikan ia sebagai salah satu kenangan termanis hidup kitorang.

Tepat pukul 12, Adila Anis sms aku cakap yang Lisa dah pergi ambik dia. Aku pun siap2 lah. After derang fetch Ariff dekat UKM. Derang datang ambik aku dekat depan gate Gmi (German Malaysian Institute) ni. Nasib baik aku sempat tido 3 jam sebelum tu. At least aku ada energy sikit  malam tu. Around pukul 1 diorang fetch aku dan kitorang head straight to the Mcdonald's Semenyih.

Masa tu Lisa dengan Ariff jadi GPS sebab kitorang memang tak tahu kat mana McDonald Semenyih tu. Sesat jugak la mulanya,lepas tu kitorang singgah dekat Petronas Semenyih tanya jalan dekat orang dekat situ. 

Sampainya dekat McDonald tu,si Ariff straight terus ke kaunter beli burger. Lapar kot beliau? Beliau actually baru habis event dekat UKM. Ada dinner katanya dan dia ada menang something bout Top 5 Prince? Tahniah bro! Then around 15 minutes after that, geng Yna Farina pun muncul. Dia bawak 2 orang rakan dia yang kitorang tak penah nampak ataupun kenal langsung. Sorang Afiq,sorang lagi Fifie. More info on them later.

Semua muka mengantok

Sejam lepas tu rasanya, Fida pun muncul. Kakak dia hantar rasanya. Kitorang still borak2 lepak2 for a while sebab masa tu awal lagi. Dila dah mula baca buku yang dia bawak, Lisa dengan Nizam pulak struggle makan Fries yang diorang beli. Banyak betul staff mcD tu letak fries dekat diorang. Ariff dah ambik port tido dekat meja belakang dah. Yna banyak bercerita masa ni. Afiq dengan Fifi still tertunduk malu masa tu. Ye la, first time jumpa kan. Agak segan la rasanya mereka. PS:  Q: Duduk kelantan dekat mana? A: Klate


Tengok Top Prince kita ni. Penat. Kesiannya.

Lepas tu,semua tukar2 baju dekat tandas mcDonald tu,dan kitorang berangkat menuju ke Broga Hill. Sebelum tu, kami singgah dekat Shell dekat2 area tu untuk beli air minuman dengan air untuk wuduk dekat atas tu nanti. Aku rasa aku sorang je yang bawak botol sendiri. Yang lain semua beli dekat situ rasanya.

Dila marah aku pasal snap gambar ni. sorryy

Lepas tu around 4pm. Kitorang pun sampai dekat bawah Broga Hill ni. Nak cari tempat masuk dia agak susah la jugak. Kalau korang tak pernah pergi lagi, dia dekat dengan taman Arnab. Dekat ada satu kebun ni. Kena bayar Rm200 untuk parking dekat situ. Before naik,dengar la ada amoi juai torchlight. Rm10 dengan rm6. Aku tak ingat siapa yg beli tapi rasanya Yna and the gang dah bawak torchlight sendiri,cuma kami je yang tak bawak. 

After beli torchlight masing2, kami baca doa yang diketuai oleh Ariff sebelum memulakan perjalanan. Pukul 4 pagi. Tengah tengah hutan. Macam tak logik. Memang tak logik aku fikir pada mulanya. Aku yang first time hiking ni taktau kenapa haritu rasa nak cuba untuk naik. Mula mula jalannya memang senang. Takde la mencabar apa sangat. Aku dengan Ariff jalan depan sekali. Taklah ramai sangat pada mulanya.

Around 30% perjalanan kami, ada dua jalan yang aku tak nampak. Aku just pilih jalan yang terang jalannya. Susah jugak la nak naik sebab petang tu hujan so keadaan track agak basah sikit. Terpaksa la kitorang berhempas pulas tarik tali untuk naik ke atas. Tiba2 dengan suara dengan ternampak lampu dari sebelah jalan kitorang. Dalam 8-10 meter dari kitorang ada satu group student UMT jalan relax je dekat jalan tu. Padahal masa tu kitorang punya la berhempas pulas nak naik. Masa tu la ada orang complaint kenapa kita tak ikut jalan tu. Mana saya tau,saya tak pernah pergi pun situ,saya main jalan je. 

Then around 50% dari total perjalanan, aku perasan yang daripada 9 orang. Cuma 6 orang yang ada dengan aku. Fida,Lisa dengan Nizam hilang dari pandangan. So aku suggest kitorang berhenti dan call derang. Yeah, luckily broga ni ADA line phone. Then Lisa inform yang Fida cramp dekat bawah kejap. So aku decide yang kitorang berenam ni tunggu kejap derang. Sebab ye la tak best la nak naik x sekali kan. Dalam 15minutes after that kitorang regroup balik dan teruskan perjalanan.

Dekat 75% of the total perjalanan,kami stop kejap sebab dekat situ ada batu,dan ada yang semput jugak. Eh ke aku je Kitorang decide untuk amik gambar kejap dekat situ, Sempat lagi kan?

Muka kepenatan masing2. Tapi still semangat waja! cewah.

Then kitorang pun teruskan perjalanan yang bagi aku paling susah la. Part dekat dekat atas sekali. Dekat sini dah tak ada pokok2 besar. Cuma ada apa eh orang panggil, yang cam semak samun tu. Bush in malay is what? Dekat sini dah mula ramai yang ada. SANGAT ramai. Kitorang berhenti banyak kali sebab agak jammed dekat atas. According to Yna, kitorang sampai dekat puncaknya around 5.55 AM. 

Cantik,sangat cantik. Sejuk,sangat sejuk. Ramai,sangat ramai. Puas? SANGAT PUAS! Kitorang ambik port batu dekat2 area belakang tu. Berehat,bergambar,bermesra2,bercakap,bersantai. Memang perasaan gembira masa tu tak dapat digambarkan. Sempat solat berjemaah lagi atas tu. Tengoklah gambar2 dekat bawah ni yang banyak disnap oleh Fifie.


Afiq yang macho 

Fida,Dila,Lisa,Fifi. Cantikkan gambar ni? Pandai photographer dia

 Aku syak Ariff tengah update status

Gambar Dila paling banyak sekali

 Yna Farina yang Hiper!

Kat sini la adanya beg2 kitorang

Comel la tu yang tengah2 tu. Hihi 

 Peace. Model utk kali ni

Nizam & Lisa nanti leh tunjuk kat anak2

Abaikan lelaki ni. Tenggok belakang tu. Kabus woo.

And after that,kitorang berhempas pulas untuk turun ke bawah pulak. Walaupun agak terang sudah masa tu. Tapi nak turun lagi lah agak susah. Kena sentiasa tahan. Dah la Track agak licin. Agak nak terjatuh jugak la. Cuma kali ni kami terus one shot turun,tak rehat dekat mana2 except satu tempat tu. Sebab aku mintak plaster. Jari aku terkena duri. Caring betul budak2 ni. Sayanglah korang dan thanks sebab cucikan dan letakkan plaster. 

Then sesampainya kitorang dekat bawah, kitorang pergi straight to the nearest petronas untuk tukar baju dan cuci2 diri sikit. Before pergi makan. After semua orang dah siap,kitorang lepak petronas tu around 15 minutes kot tengok fifi main guitar.

cik adik ni talented betul

And right after that kitorang pergi makan before balik ke tempat masing masing.

Although tak sampai 24 hours pun kita semua bersama, aku rasa aku sangat rapat dengan korang. Sangat gembira bersama korang. Dah lama tak rasa happy macam ni. Thanks for being there and thanks again for everything guys. Love you.

Tempat : Broga Hills
Tarikh : 22 April 2012
Geng : Nizam , NikLisa, Ariff, Fida ,Adila Anis, Yna Farina, Afiq dan Fifie Faiezah.


4 comments:

'Ariff Ansaruddin said...

again, promote Top Prince tu lagi! haish -_________________-

Nik Lisa said...

:) love the moment too. :)

PIPI PEKJAH said...

hey!!!! entri ni macam ada semuaaaa :DDD apa2 lagi lepas ni nk joinnn.tau :DDD

eYe-nEe-nA said...

korang..yna sayang korang..tq feeq 4 this entry..sorry yna x dpt nak update lagi blog..da berhabuk,so yna x taw cane nak start..i luv all of u..sorry yna ter'hyper' cket..yna ngan rep mmg cenggitu la jadinye..asal ngan rep jek yna jd hyper..tah knape..yna da agp korang sume fam yna..teman seperjuangan,bergelak ketawa,berkongsi riang ria dan suka duka..korang teman kala susah n kala senang..thanx guys..