Friday, January 27, 2012

Kisah ITouch baru

After lama dah aku tak menulis,hari ni aku nak sambung berblogging pulak walaupun dah takde follower yang ikut aku. Kalau ikut kronologi berblogging ni,memang banyak dah aku buat untuk dapat duit. Tapi tak pernah dapat dapat. So tak kisah lah,aku dah pun mulakan business yang dah takde stok dah sekarang lain untuk cari duit.

Hari ni nak cerita pasal gadget lagi, biasa la syafeeq,mana pernah tak cerita pasal gadget kan. Baru baru ni aku baru je dapat Apple Ipod Touch baru. Ipod Touch 4th Generation ni kiranya Ipod Touch paling baru la yang ada dekat dunia sekarang ni. Walaupun harganya jauh lagi murah dari Iphone 4,tapi spec dalamnya hampir sama. Processor yang Ipod ni guna pun sama dengan Iphone4. (Bukan Iphone 4S) Betapa excitednya aku sebab baru dapat 1st Apple iDevice kan. Jakun sikit orang kata.

Harga dia taklah mahal sangat Apple retail price dalam rm1050 camtu untuk 32GB but takde la aku beli full price kan. Tapi memang berbaloi la. Dalam package dia ada Ipod Touch , usb cable , earphone , manual book dengan Apple sticker. Aku taktahu kenapa,dia tak bagi charger yang boleh kita plug in dekat power plug tu.



Package untuk Ipod Touch


Kalau nak cakap pasal battery pulak,ni lah device aku yang sangat sangat LAJU charge battery dan sangat sangat LAMBAT habis battery walaupun aku sentiasa main game,dengar lagu,surf internet atas dia. Cuba guna phone nokia 5800,or 5310 or even Xperia Play aku pun kejap je habis battery. Sama ada battery ipod touch ni memang betul betul lama ataupun dia lama sebab takleh call/sms aku pun taktahu.

Actually untuk korang yang taktahu,Ipod Touch ni boleh call orang sebenarnya,tapi kena beli lagu 1 device nama Gmote. Tapi disebabkan aku dah ada phone so macam bazir je la kan nak beli. Skype pun boleh guna untuk call,viber pun boleh gune untuk call, whatsapp pun boleh kalau nak sms guna ipod ni. So macam sia sia kalau aku beli.

Screen dia pulak sangat sangat cun. Yang ni je yang aku kenan. Screen sama macam iphone 4 means ada Retina Display. Colour pulak memang rata dan timbul,tak dull mcm handphone lain. Lagi satu killer dia music player dia. Disebabkan aku punya 32Gb,aku masukkan semua lagu yang ada dalam folder music aku dalam ni yang totalnya around 5-6Gb. Pasang dengan headphone Razer aku,memang dapat rasa bezanya bila aku bukak lagu sama dekat dalam Xperia Play aku.

Kalau nak cakap pasal Jailbreak pulak,memang senang sangat sangat. Even budak 3 tahun pun boleh jailbreak rasanya. Cuma download satu software,sambung ipod ni dengan usb,tekan satu button,then tekan lock button,then tekan home button, then dah jailbreak. Itu less than 5minutes kot. Much much easier than rooting(jailbreaking) android.


saiz Ipod touch berbanding Xperia play dengan Nokia


Apps pulak aku boleh cakap agak susah la nak cari cracked apps dan tweak untuk ipod/iphone ni. Aku lebih rela download untuk Xplay aku untuk main cracked apps. Kalau nak install guna barang apple ni kena ikut instruction betul betul. Jailbreak senang,tapi nak install apps susah sikit.

Kesimpulannya aku tak menyesal beli , tapi bagi aku aku still prefer Xperia Play aku berbanding Ipod touch.
Personal preference la. korang yang baca jangan lah marah aku cakap aku tak suka barang Apple. Out.


1 comment:

wany said...

takpela.asalkan ade idevice.drpd org ni.huu