Saturday, January 22, 2011

Cara Untuk Dapatkan Perempuan Yang Korang Suka~!


Entry kali ni,kita cakap pasal cinta! Dah lama x buat karangan pasal cinta,so hari ni tiba tiba rasa nak mengarang pulak.Sekarang ni,boleh kata sekeliling kita ni tiap tiap hari ada lelaki merungut sebab kena reject(tak kira apa pun sebabnya) dan ada pulak sesetengah orang yang cuba mengajar lelaki-lelaki ni macam mana nak nampak menarik pada pandangan perempuan.Walaupun 2 kaum ni nampak berbeza,diorang berkongsi 1 masalah yang sama.Apa masalah diorang? Meh sini nak share..

 Diorang tak ada standard diorang sendiri

Apa maksudnya tu? Meh nak explain..

 Jom mulakan dengan masalahnya okay? 2 jenis lelaki tadi berkongsi masalah tak ada standard.Seorang yang merungut disebabkan kena reject sebenarnya memberikan keyakinan diri dia dekat orang lain.Kenapa? kerana dia tak menilai diri sendiri,orang lain yang menilai diri dia untuk dia.Ini pun sama dengan orang yang kononnya orang yang memberi nasihat tadi.Ia menganggap yang apa yang pihak perempuan itu nak dan cuba sesuaikan diri dengan perempuan tu.Sekali lagi,menilai dengan menggunakan sumber luar.Mana standard awak sendiri?

Selalunya kawan-kawan la yang menyebabkan sorang lelaki ni nak ada awek. Yela,semua kawan-kawan ada awek,dia pun nak la merasa jugakkan?Tapi dengan adanya seorang perempuan disisi awak just untuk tunjuk yang awak sangat "cool",perlu ke? Bahagia ke awak?So tanya diri awak,apa yang awak nak dalam hidup?
Adakah perempuan yang awak nak tu sesuai dengan hidup yang awak akan jalani? Sediakan standard awak,fikir apa yang awak inginkan,fikir apa yang awak perlukan dan awak akan ada arah tujuan.

Manusia ni tak sama,semua orang berbeza.Setiap perempuan ada taste,standard,personaliti,perangai dan sebagainya.Mustahil awak boleh jadi lelaki yang boleh memuaskan mereka semua.Disebabkan awka tak boleh memuaskan hati semua orang,kenapa tak cari seorang gadis yang awak betul betul perlukan? Sekarang selepas awak dah set standard awak,tiba masanya awak cari orang dan tengok sama ada DIORANG boleh capai standard awak.

Contoh la,awak sorang yang hensem,tapi bahagia dengan seorang perempuan yang "boleh tahan lawa je la" yang sayangkan awak sangat-sangat dan ada ciri-ciri yang awak nak dalam diri dia.Orang lain maybe akan cakap,"ko boleh ade orang yang bagus lagi la dari awek ko tu," atau "bro,pehal ko cari awek macam tu je?".
Semua tu tak penting,awak dah jumpa seseorang yang menemui kriteria yang awak nak dan awak HAPPY.
ITU YANG PENTING.

Sekarang if awak nak seorang perempuan yang cantil,lawa,comel,pandai,kaya,ada sense of humour,caring,setia, kira complete lah!,bersedia lah untuk perjalanan yang susah.Walaupun awak ada standard,jangan lupa,diorang pun ada jugak.So awak kena la improve diri awak untuk mencapai standard diorang tapi bukannya dengan mengorbankan standard awak sendiri.Awak mesti cari yang mana yang awak hendak tapi awak jugak cari yang mana yang awak perlu.Ingat,kehendak itu optional,keperluan itu wajib.

So,kesimpulannya,jadi lah diri awak sendiri,jangan kisah dengan cakap orang.Buat apa yang buat awak happy dan awak sendiri akan memikat orang yang sesuai dengan lifestlye awak.Akhirnya nanti,kebahagiaan awak yang penting,bukannya cuba untuk buktikan yang awak lagi bagus dari orang lain.Awak mesti cari life awak sendiri,dan pasangan awak yang awak akan berkongsi hidup nanti.

1 comment:

Dr. A said...

hmm..impressive!
tp aku pelik kalau ada lelaki yang baik sangat dan ada awek yang pakai tudung ikut suka dia je nak tak nak..ingat jangan jadi dayus kerana nak capai standard masing2~~~=p