Showing posts with label gadget. Show all posts
Showing posts with label gadget. Show all posts

Wednesday, July 4, 2012

Sony SmartWatch



AGAIN,it's a freaking gadget update from me. Haiz.So marilah kita berkenalan dengan my new gadget. Not a handphone,not a game console, but a watch. Smartwatch. Sony Smartwatch aka LiveView 2.

Smartwatch ni dijual dekat kedai Sony (Atau nama baru Xperia dekat Malaysia) dengan harga RM399. Skrin dia OLED display dan sebesar 1.3 inci. Tali jam (strap) boleh ditukar dengan mana mana strap jam dekat luar. Kecil,so sesuai dengan semua tangan dan diperbuat dari besi,bukannya plastik macam LiveView 1.Malangnya jam ni tak waterproof,hanyalah splashproof. 

So apakah ia? Smartwatch (SW) ni actually attempt kedua (Atau ketiga) buat smartwatch yang boleh connect dengan Android phone. Tak kira lah HTC ke,Samsung ke, as long as Android 2.2 ke atas,smartwatch ni akan ber"sync" dengan dia melalui bluetooth.

Apa jadi lepas sync? Semua updates Facebook,Twitter,Email,Whatsapp dan apa apa lah yang korang nak akan automaticcaly view dekat jam bila phone korang dapat alert. Contoh ada orang mention anda dekat twitter,automatically jam ni akan tunjuk pasal comment tu so takyah la korang keluarkan phone dari poket,slide bukak phone,taruk password dan masuk twitter,tapi just tap dua kali dekat skrin jam korang dan korang dapat baca update tu.

Call function pun ada jugak,so if ada orang call korang,hjam tu automatically akan vibrate dan tunjuk siapa yang tengah call,lepas tu akan ada option untuk angkat atau pun letak. So if tengah busy busy boleh la reject call gune jam je. No need untuk keluarkan phone.

Battery life pulak , sepanjang teting period,maybe dalam 4-5 hari dalam satu charge penuh. After that kena charge balik. So kalau nak gantikan jam lama dengan jam ni kena fikir dua tiga kali jugak lah.

Oh,dari segi Apps pulak,maybe ada dalam 30-40 apps dekat apps store yang support device ni buat masa ni. Ada apps yang boleh buatkan kita snap picture phone kita guna jam dari jauh,ada yang boleh kasi kita control slide presentation,control music player dan juga apps untuk taruk notes (bagus untuk exam. if you know what i mean XD)

Connectivity issues dengan phone dah pun disolve oleh sony so korang takkan experience any disconnect dari device ni macam jam pintar sony yang sebelum ni Sony LiveView.

Pros:
Save masa untuk baca updates
Boleh tukar jam punya strap
Kecil, sesuai dengan semua size tangan
Dibuat dari besi,tak nampak murah
Banyak apps dari developer

Cons:
Battery life 4-5 hari maximum
Tak kalis air
Skrin dpi rendah

*Tested on Xperia S 2.3.7 dan 4.0.4


Interface depan

 Dalam proses connectkan kedua dua device

Clip jam ni dan charging port 

Interface dalam,boleh pilih apps 

Widget Music


Saturday, May 19, 2012

Xperia S

So well,balik kepada entry gadget. Selepas lama tak update pasal gadget gadget. (Malas nak update pasal bb dengan ps vita) So hari ni, i present to you. My latest gadget,the latest Sony flagship device, Sony Xperia S.



Processor - Phone ni taklah Quad(4) Core Processor macam Htc One X atau Samsung Galaxy S III tapi cuma lah Dual core 1.5Ghz Processor. Sama power macam Htc Sensation ataupun Samsung Galaxy S II. Jangan tanya kenapa tapi Sony memang agak lambat kalau nak lawan tentang processor ni.

Skrin - One of the best features phone ni,skrin ni 4.3 inci berenjinkan Sony Reality Display + Bravia Engine yang Sony guna dalam TV HD Bravia dorang. Penah dengar Retina Display dari iPhone 4S? Yang derang claim sangat sharp sangat tu? Well dengan Xperia S,take it to the next level, Iphone 4S cuma ada 330 DPI (dots per inch) tapi Xperia S 342 DPI walaupun skrin dia besar dari Iphone yang sepatutnya lagi susah la nak buat.

Sound - Dikuasakan dengan xLoud technology dari Sony, kalau nak dengar music dengan phone ni guna speaker phone memang dah cukup lah. Memang phone Sony agak kuat kalau nak dibandingkan dengan semua phone but personally i think my Ipod Touch does a better job dalam mainkan music menggunakan earphone.

Memory - Unfortunately phone ni tak ada SD card slot. Tapi internal memory yang Sony bagi memang agak cukup. 32Gb untuk internal memory cukup bagi aku. Sekarang ni ada 44 Lagu, 24 Episode Anime,16 Episode Korean Drama "Love Rain" , 5-6 Music Video HD, 9-10 Games , 2 Episode Running Man dan bhampir 40-50 apps lain tapi my memory still ada setengah lagi.

Camera - Okay, undoubtly the best camera phone out there. 12 MegaPixel + Exmor Sensor dari Sony, personally aku tak boleh jumpa any camera yang does a better job than my baby. Even Htc One X dengan Iphone 4S just guna 8mp sensor entah aku tak sure. Disebabkan phone ni lah aku tak jadi nak minat DSLR. Sumpah gambar sangat lawa dan boleh diambil walaupun "low light" (low light in malay apa?)

Android - Taknak cakap banyak sebab banyak Apple user yang akan tak setuju if aku cakap Android best. Btw Phone ni guna Android 2.3 (GingerBread) buat masa sekarang walaupun aku rasa dalam bulan depan akan keluarlah  Android 4.0 ICS untuk phone ni.

My take - If nak processor power, this phone isn't for you. But if you're looking for a smart cool looking smartphone yang ada skrin dan camera terbaik. This phone is for you. Camera dia killer features dia. If you find any camera yang boleh beat Xperia S,do let me know. Oh check out the pic, don't forget untuk tengok the belt dekat phone. You can see through it!







and this is sample pic taken with Xperia S. Dua dua lepas tu kena crop =_=


Tekan dekat pic untuk besarkan. Panorama mode.



Ini straight dari camera. Tak edit.


This one crop + instagram


K that's all. Meh beli Xperia jugak. Join me! :D










Saturday, September 24, 2011

Sony Personal 3D Viewer



Imagine kau main game dengan 3D dan 5.1 Surround sound dekat rumah. Yeah,the future is here. Sony Personal 3D Viewer ataupun HMZ-T1 dijual pada harga $799 start tahun depan kot?


Argh,bila aku main Ps3 guna 23" LED HD monitor aku pun rasa feel,tambah la main guna benda ni. Kita selalu nakkan benda ni dari kecik lagi. Benda ni dari dulu dah ada tapi dianggap failure sebab masa tu masyarakat still tak dapat terima teknologi ni. Macam 3D jugak,dari kecik kita dengar ada 3D tapi kenapa teknologi tu tak pernah sampai dekat kita? except gambar 3d yang tengok enario dengan jaws dekat tv3 tu je la.


Sekarang ni masyarakat dah mula terima 3D balik,tengok la dekat kedai kedai elektronik sekarang,semua manufacturer keluarkan 3DTV diorang sendiri. Teknologi ni asalnya memang la mahal. 6 Bulan lalu RM 10 000, Sekarang aku nampak ada yang jual Rm6000 -5000 macam tu dah. Semua benda elektronik turun harga.



Atas ni pulak bentuk asal Personal 3D viewer ni yang di show offkan sony masa CES 2011 beberapa bulan lepas.Personally aku lebih prefer bentuk dia macam ni sebab ada LED kat depan tu so bila pakai nampak macam Cyclops dari X-men sikit. Tapi apakan daya Sony nak tukar design dia. Maybe untuk cut cost kot?

Tunggulah lagi 2-3 tahun,Toshiba,LG,Samsung semua akan keluarkan la jugak benda2 macam ni. Maybe masa tu harga dia lebih affordable? 



Friday, January 21, 2011

Motorola Atrix Mampu Kalahkan Iphone 4?

Korang yang gadget whore ni mesti suka iphone kan? At least,aku pun pernah suka dan tergilakan iphone ni.
Dengan touchscreen dia yang memang cun melecun,camera 5mp,apps yang best macam Angry Bird,Uno,Plant versus zombies dan yang paling penting retina display,sape yang taknak iphone 4 ni?Tapi semua tu akan jadi sejarah dalam beberapa bulan lagi.
Motorola Atrix

Motorola Atrix yang baru diperkenalkan Motorola dekat CES 2011 (Consumer Electronics Show) beberapa minggu lepas lagi gempak dari apa yang ada dekat iphone sekarang ni.Atrix  mempunya dua camera, dengan primary (belakang) 5 Megapixel camera dengan AF dan LED flash dan camera keduanya (depan) VGA Camera dengan resolusi  640×480 pixel. Feature lain ialah 1GB RAM, Compass, Accelerometer, Proximity, Light Sensor dan Multi touch Input Method..Dan jangan lupa,Motorola Atrix ni support 4G. Rangkaian terpantas buat masa ni.Harap maxis,celcom,digi akan mulakan rangkain 4G mereka.

Jom bandingkan Motorola Atrix dengan Iphone 4


Skrin
 Apple iPhone 4 menggunakan 640x960 pixel display semasa ia dilancarkan tahun lepas. Ia menggunakan skrin 3.5 inci, yang sesuai dengan size poket dan untuk melayari web dan video.

Motorola Atrix pula menggunakan skrin 4 inci, yang ber-resolusi 540x960 pixel.

Walaupun iPhone mungkin mempunyai lebih banyak pixels, ia tidak beberapa penting kerana mata manusia tidak boleh melihat pixels yang terperinci.Apa yang membezekannya ialah saiz skrin. Setengah inci beza itu yang menentukan ketelusan sesuati skrin itu.

Pemenang: Motorola Atrix

Processor
1GHz A4 processor yang digunakan Iphone sangat hebat,sampaikan perbezaan antara iphone 4 ngan 3gs amat memeranjatkan bila dikira atas dasar kelajuan.
 Walaubagaimanapun, Motorola telah memperkenalkan dual core 1GHz processor pada Motorola Atrix.Dengan menggunakan dua core,ia lebih pantas untuk  multitasking dan apps.

Pemenang: Motorola Atrix

Camera
Kedua-dua Apple iPhone and Motorola Atrix  camera menggunakan camera depan dan camera belakang yang menggunakan 5-megapixel camera dengan autofocus dengan LED flash.

Pemenang: Seri

Application
Walaupun Apple App Store telah menyediakan lebih daripada 300,000 applications, Android tidaklah jauh ketinggalan.Walaupun lebih banyak Android application yang free,tetapi Iphone application download lagi banyak daripada Android jika diikut jumlah download dalam sehari.

Pemenang : Iphone 4

Memori

Apple Iphone menyediakan 32GB tempat memori untuk menyimpan setiap apps,lagu dan video.Tetapi dengan ketiadaan microSD slot,Tak dapat la nak tambah memori tu.

Motorola Atrix menyediakan 16GB memori internal,dan boleh ditambah dengan 32GB menggunakan  kad microSD. 32+16=48GB smemori untuk menyimpan data! Lagi banyak dari mana-mana smartphone dekat kedai sekarang.

Pemenang: Motorola Atrix



Tapi semua itu masih atas kertas memandangkan Motorola Atrix masih lagi belum keluar kepada umum.Dari sumber yang boleh dipercayai,mungkin 1 March ini baru akan dilancarkan.Walaubagaimanapun,Iphone sekarang dah ada pencabar baru.Kepada korang yang suka gadget tu,simpan-simpan la duit siap-siap.Kang meleleh air mata tengok orang beli.