Sunday, July 17, 2011

Republic of 1991 sayang

So walaupun aku tutup my birthday date dekat facebook,still ada yang ingat birthday aku. Apart from anas, yang lain semua adalah budak budak republic 1991(menuju ke arah kuasa besar dunia). Kesimpulannya,hari ni aku nak buat entry khas untuk diorang. Istimewa dari hati suci murni ikhlas bersih aku.




Ingat tak logo ni? One of the earliest logo yang ada untuk republic 1991, logo yang penuh dengan makna,penuh dengan kenangan. Macam biasa, aku akan cerita serba sedikit pasal asal usul republic 91 untuk korang2 yang baru join.

Republic 1991 bukan lah asal usul segala 1991 dekat Malaysia. Asalnya adalah Group 91 yang bernaung atas Friendster pada tahun 2006. Republic 1991 muncul pada awal lewat 2008 dan mula aktif sejak awal 2009. Atau untuk korang yang berumur 20 sekarang,maksudnya Forum ni mula masa kita SPM,dan mula aktif lepas kita habis spm.

Diketuai oleh 5 orang Admin, Faiz Ishak, AmirFazwan, Farhah, Ain Farhana, dan Aiman pada mulanya. Ditemani berbelas belas orang Moderator dari seluruh negara , di design oleh beberapa GFX(Graphic) team, forum ni meriah semeriah meriahnya. Aku yang baru masuk masa 2/2/2009 at first macam pelik jugak,apa yang best sangat dengan forum ni, seminggu lepas aku masuk,aku dah addicted. 1 website yang confirm akan bukak kalau online.

Salah satu sebab yang aku paling suka tentang forum ni adalah chatbox ataupun dipanggil cb oleh budak2 republic. Masa tu, pagi petang siang malam akan ada orang dekat chatbox tu.Dekat sini lah kami bergurau,bergaduh,berbincang dan bercinta pun ada. Masa tu semua orang berebut nak ada @ dekat depan nama diorang yang menandakan diorang adalah moderator chatbox.

Member forum tu bukan setakat dalam malaysia je, ada jugak 1 budak canada ke australia yang sesat,ada jugak student2 dari egypt yang join,x lupa ada jugak budak budak Malaysia  tapi belajar O-level dari UK dan Dubai dekat situ.

Okay,cukup part perkenalkan forum.

Ini cerita aku pulak, masa aku click REGISTER dekat forum tu,aku tak,aku taktau yang satu hari nanti forum tu akan mengubah diri aku buat selamanya. Everyday aku akan mengadap forum tu dari pagi sampai la pagi. Around pukul 6-7 pagi baru tido.

Aku dapat kenal dengan bermacam-macam jenis orang,bermacam ragam,bermacam latar belakang. Ada yang ulat buku,ada yang rempit,ada yang minat politik,ada yang minat anime,senang kata bermacam2 lah. Dari anak seorang peniaga air kepada anak seorang Datuk. Semua ada. Diorang la yang mengajar aku macam2 tambah2 ilmu agama. Masa kat sekolah dulu jahil sikit. HAHA.

Hampir beratus orang yang masuk dan pergi yang aku kenal. Ada yang aktif cuma 2-3 minggu je,ada yang contact dengan aku ssetahun dua, dan ada yang contact sampai sekarang. Part paling sedih bagi aku adalah part masa semua orang mula nak masuk U/kolej. Sorang sorang mula pergi dari situ. Ada yang kembali,ada jugak lepas tu dah tak nampak lagi. But life goes on with or without them..

Lepas tu,kami semua mula berjumpa di alam nyata. Bermula dengan Mega-Gathering Republic 1991 pada 26/7/2009 dekat Midvalley,dan setiap bulan selepas tu mesti akan ada gathering. Mula mula semua malu malu lagi,tak lama lepas tu,mula la semua menyakat satu sama lain. Aku rindu kita semua gelak2 lagi sama sama dekat gathering =D



Part kemuncak yang paling aku suka bila diorang buat suprise party untuk aku exactly setahun lepas dekat Sunway Pyramid. Sumpah aku rasa terharu gila. Tak pernah ada orang sanggup buat macam ni kat aku. Aku bersyukur sangat dapat kawan kawan macam diorang. Sayang kamu sangat lah Republican <3
Ni video aku yang malu - malu kucing masa dulu. HAHA



Dimulakan dengan domain 1991.forumotion.com  dan kemudiannya diubah kepada http://www.republicof1991.com/ , Forum ni mula berubah kepada aktif di Group Facebook. Dan trust me, tak lama lagi. Akan wujud Republic of 1991+  hanya di Google+.  =P



Apa apa pun,aku sangat bersyukur dapat jumpa semua orang dekat republic ni,taknak tulis nama sorang sorang,tak kan habes list nanti. I love you guys and i miss you guys. Hope satu hari nanti kita dapat berkumpul lagi sekali macam dulu sebagai satu keluarga yang lagi besarrr!

Kat sini aku kumpulkan semua video Republic 91 yang dibuat oleh korang2 jugak. :D

by eju

by fa



by naqi

Republic of 1991
Fight to Unite
Semoga 1991 Menuju Kuasa Besar Dunia

10 comments:

loveville said...

ngaku jugak besdayyyyyy XDDD

Nur Areefah said...

ben.

post ni buatkan aku teringat kisah muda-muda #mencimenci

NurAreefah.com latest entry : Apa yang jadi pada blog kita selepas kita mati?

a i n u said...

perghhhhh!
hehehe

trasa trasing..walaupun aktif gak dulu..tp x ramai kenal..smpai dlm video xde pun sy T_T

pape pun...91 roxxx! <3

Lisa N.Yusof said...

rindu jugak nak gath.
gembira gila ada kawan cam korang.

t kawen wajib dtg, aku wat kemah untuk korang2 je ok!

loveville said...

khemah nk tdo? camping ?hehe

syafeeq faXys said...

eh lisa punya dp nampak..lain. haha.

khemah nak tido la fafai,buat apa lagi. hoho.

efa - kita masih muda. kenapa nak menci2?

ainun - alah,tu dulu2 punya video,masa tu awak baru lagi. hee

najwa said...

wuwuwu.. aku rindu time mude2..

memory yg sgt bharga yg xkan dpat kat psar mlam..>.<

n jz hope we can still to be in a big family even masing2 bz..

atiqah said said...

wowwww

safiamira said...

rindu korang sumeee

galaksi said...

well..aku sebenarnya even masuk U aku aktif.tapi aku tgk semua orang dah takde.apapun republic 1991 dalam hati aku.sbb ade byk bende yg berlaku sejak aku kenal forum ni.alhamdulilah... -nur nabihah a.k.a bihah-chan-