Friday, January 21, 2011

Motorola Atrix Mampu Kalahkan Iphone 4?

Korang yang gadget whore ni mesti suka iphone kan? At least,aku pun pernah suka dan tergilakan iphone ni.
Dengan touchscreen dia yang memang cun melecun,camera 5mp,apps yang best macam Angry Bird,Uno,Plant versus zombies dan yang paling penting retina display,sape yang taknak iphone 4 ni?Tapi semua tu akan jadi sejarah dalam beberapa bulan lagi.
Motorola Atrix

Motorola Atrix yang baru diperkenalkan Motorola dekat CES 2011 (Consumer Electronics Show) beberapa minggu lepas lagi gempak dari apa yang ada dekat iphone sekarang ni.Atrix  mempunya dua camera, dengan primary (belakang) 5 Megapixel camera dengan AF dan LED flash dan camera keduanya (depan) VGA Camera dengan resolusi  640×480 pixel. Feature lain ialah 1GB RAM, Compass, Accelerometer, Proximity, Light Sensor dan Multi touch Input Method..Dan jangan lupa,Motorola Atrix ni support 4G. Rangkaian terpantas buat masa ni.Harap maxis,celcom,digi akan mulakan rangkain 4G mereka.

Jom bandingkan Motorola Atrix dengan Iphone 4


Skrin
 Apple iPhone 4 menggunakan 640x960 pixel display semasa ia dilancarkan tahun lepas. Ia menggunakan skrin 3.5 inci, yang sesuai dengan size poket dan untuk melayari web dan video.

Motorola Atrix pula menggunakan skrin 4 inci, yang ber-resolusi 540x960 pixel.

Walaupun iPhone mungkin mempunyai lebih banyak pixels, ia tidak beberapa penting kerana mata manusia tidak boleh melihat pixels yang terperinci.Apa yang membezekannya ialah saiz skrin. Setengah inci beza itu yang menentukan ketelusan sesuati skrin itu.

Pemenang: Motorola Atrix

Processor
1GHz A4 processor yang digunakan Iphone sangat hebat,sampaikan perbezaan antara iphone 4 ngan 3gs amat memeranjatkan bila dikira atas dasar kelajuan.
 Walaubagaimanapun, Motorola telah memperkenalkan dual core 1GHz processor pada Motorola Atrix.Dengan menggunakan dua core,ia lebih pantas untuk  multitasking dan apps.

Pemenang: Motorola Atrix

Camera
Kedua-dua Apple iPhone and Motorola Atrix  camera menggunakan camera depan dan camera belakang yang menggunakan 5-megapixel camera dengan autofocus dengan LED flash.

Pemenang: Seri

Application
Walaupun Apple App Store telah menyediakan lebih daripada 300,000 applications, Android tidaklah jauh ketinggalan.Walaupun lebih banyak Android application yang free,tetapi Iphone application download lagi banyak daripada Android jika diikut jumlah download dalam sehari.

Pemenang : Iphone 4

Memori

Apple Iphone menyediakan 32GB tempat memori untuk menyimpan setiap apps,lagu dan video.Tetapi dengan ketiadaan microSD slot,Tak dapat la nak tambah memori tu.

Motorola Atrix menyediakan 16GB memori internal,dan boleh ditambah dengan 32GB menggunakan  kad microSD. 32+16=48GB smemori untuk menyimpan data! Lagi banyak dari mana-mana smartphone dekat kedai sekarang.

Pemenang: Motorola Atrix



Tapi semua itu masih atas kertas memandangkan Motorola Atrix masih lagi belum keluar kepada umum.Dari sumber yang boleh dipercayai,mungkin 1 March ini baru akan dilancarkan.Walaubagaimanapun,Iphone sekarang dah ada pencabar baru.Kepada korang yang suka gadget tu,simpan-simpan la duit siap-siap.Kang meleleh air mata tengok orang beli.

No comments: